Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Suai Kenal Ahli Lembaga LJBM 2019 Dan MoU Program Pendaftaran Berkelompok

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2019 – Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) telah mengadakan Majlis suai kenal Ahli Lembaga dan Ahli-ahli Jawatankuasa LJBM yang baharu dilantik untuk sesi kali ini bertempat di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.

Majlis ini dihadiri Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian yang turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Pendaftaran Berkelompok di antara Kolej Universiti Tuanku Abdul Rahman, Kolej Universiti Teknologi Sarawak dan Segi College. Turut hadir ialah Yang DiPertua LJBM, YBhg. Prof Adjung Sr. Dato’ Aziz bin Abdullah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita