Langkau ke kandungan utama

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN TAMBAHAN PERJANJIAN PENSWASTAAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Image removed.Kuala Lumpur, 3 Julai - Majlis menandatangani perjanjian tambahan kedua dan ketiga berkaitan Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia telah diadakan bertarikh 3 Julai 2012 di bilik Mesyuarat Seroja, Kementerian Kerja Raya antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat konsesi swasta.

Untuk perjanjian tambahan kedua, perjanjian dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. dan Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd., manakala perjanjian tambahan ketiga dengan syarikat Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. Wakil Kerajaan ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, KSU Kementerian. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Haji Nasir bin Mat Dam, TKSU(P) bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan kementerian dan syarikat konsesi.

[Galeri Foto]

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK