Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Zon Tengah

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Satu majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Selangor) telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Tempoh perjanjian ini adalah selama lima tahun bermula 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2017 dan ia melibatkan tiga buah bangunan di Zon Tengah iaitu Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur dan Bangunan Persekutuan Petaling Jaya yang merupakan hak milik Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri. Syarikat yang menyelenggara perkhidmatan tersebut adalah Chulia Facilities Management Sdn. Bhd. (CFMSB). Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Haji Nasir bin Mat Dam, TKSU(Pembangunan) sebagai saksi di pihak Kerajaan. Wakil Chulia Facilities Management Sdn. Bhd. pula ialah En. Shafie, (Pengarah Urusan) dan En. Saiful Bahari bin Jalil (Pengarah) sebagai saksi di pihak Kontraktor. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian.

Tarikh Dan Waktu Acara