Langkau ke kandungan utama
1

KUALA LUMPUR, 30 November 2015 – Pemain industri pembinaan yang terdiri daripada syarikat kontraktor, pembangunan hartanah dan perancang bandar yang mempamerkan prestasi unggul sepanjang tahun 2014 telah dirai dalam satu majlis khas iaitu Hari QLASSIC anj

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2015 – YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya telah mengadakan lawatan kerja ke tapak konsep Sistem Aliran Tol Tanpa Henti atau Multi Lane Free Flow (MLFF) di Taman Teknologi Malaysia di sini hari ini.

Sepanjang program tersebut, Dato’ Sri KSU telah dibawa melawat ke tapak gantri serta diberi taklimat berhubung simulasi pelaksanaan MLFF ini oleh pihak Quatriz System Sdn. Bhd.

Konsep MLFF merupakan hasil pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kementerian Sains, Tek­no­logi dan Inovasi (MOSTI) yang berjumlah RM19.59 juta dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2018.

Inisiatif terbabit telah diselaraskan oleh Taman Technology Park Malaysia Sdn. Bhd. (TPM) dan dibangunkan dengan kerja­sa­ma Quatriz System Sdn. Bhd., Touch ‘n Go Sdn. Bhd. dan Mitsubishi Heavy Industries, Jepun sejak 2013.

Sistem teknologi terkini tersebut menawarkan kaedah penyelesaian yang terbaik kepada masalah kesesakan lalu-lintas terutamanya ketika waktu puncak di plaza-plaza tol serta menggantikan plaza tol konvensional melalui pembayaran fleksibel dan pelepas pantas melalui gantri elektronik.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita