Langkau ke kandungan utama
1

Kopi Percuma Pulang Beraya dengan Coffee Break KKR

SEREMBAN, 22 Jun 2017: Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), sekali lagi menganjurkan Acara Coffee Break sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017. Ia diadakan dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia sebagai tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) dalam usaha ke arah meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya pada musim perayaan.

Melalui acara coffee break ini, pengguna jalan raya disediakan minuman kopi secara percuma bermula pada 22 hingga 23 Jun 2017, dan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri pada 28 hingga 29 Jun 2017.

Acara ini dirasmikan oleh YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof di Stesen Petronas PSS Ampangan 2, FT51, Jalan Seremban - Kuala Pilah, Seremban, Negeri Sembilan. Ia turut dilancarkan serentak di 10 buah negeri di lokasi strategik dan popular yang menjadi tempat persinggahan semasa musim cuti perayaan seperti stesen minyak dan masjid.

Pemberian minuman kopi secara percuma diharapkan dapat memberi kesegaran semula (refresher) kepada pemandu yang keletihan dan dapat mengembalikan fokus pemanduan ke destinasi masing-masing dalam mengukir detik indah Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Tarikh Dan Waktu Acara