KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA SETIAUSAHA KKR SEMARAKKAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2026 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA SETIAUSAHA KKR SEMARAKKAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2026

Submitted by wmukk on 17 November 2026

PULAU PINANG – Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) yang berlangsung di Padang Bola Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang, menjadi antara inisiatif menggalakkan aktiviti sukan, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan komuniti setempat menerusi Program Kampung Angkat MADANI KKR 2026.

Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, hadir menyantuni para pemain dan menyaksikan perlawanan kejohanan tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Kerja Raya.

Dalam kesempatan itu, beliau turut menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada para pemain agar terus meningkatkan kemahiran, mengekalkan disiplin serta mengamalkan semangat kerjasama berpasukan.

Penganjuran kejohanan ini diharap dapat menjadi platform mencungkil bakat sukan dalam kalangan masyarakat setempat, selain menyemarakkan perpaduan dan mengukuhkan hubungan silaturahim melalui aktiviti komuniti.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6