Friends of Ministry (FOM) untuk melawat BigBen — Bilik Gerakan Bencana JKR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Friends of Ministry (FOM) untuk melawat BigBen — Bilik Gerakan Bencana JKR

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta rakan-rakan Friends of Ministry (FOM) untuk melawat BigBen — Bilik Gerakan Bencana JKR — sebagai persediaan menghadapi musim monsun.

Lawatan ini bertujuan memberi penerangan jelas mengenai sistem pemantauan bencana hampir masa nyata yang digunakan JKR, sekali gus memperkukuh pemahaman wakil rakyat terhadap langkah awal, maklum balas segera dan koordinasi yang akan dilakukan ketika berlakunya hujan lebat, banjir atau runtuhan cerun. 

Inisiatif ini menegaskan komitmen KKR untuk memastikan kesiapsiagaan yang lebih efisien dan responsif setiap kali musim monsun tiba.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0