Langkau ke kandungan utama

e-Penyertaan

Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Kementerian Kerja Raya sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Kementerian Kerja Raya untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Undian Portal, Penyertaan Umum, Maklum balas Portal (Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan Media Sosial KKR  iaitu Facebook dan Youtube.

Kementerian Kerja Raya (KKR) amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan Penyertaan Umum ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
BIL TAJUK SERANTA AWAM CAPAIAN SERANTA AWAM TARIKH BUKA TARIKH TUTUP STATUS KEPUTUSAN
TAHUN 2023
1. KESELESAAN PEMANDUAN DI JALAN PERSEKUTUAN TUTUP 31 JANUARI 2023 31 DISEMBER 2023 TUTUP LAPORAN KAJIAN KESELESAAN PEMANDUAN DI JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2023
2. KUALITI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TUTUP 31 JANUARI 2023 31 DISEMBER 2023 TUTUP LAPORAN KAJIAN KUALITI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2023
3. KUALITI PENYENGGARAAN LEBUHRAYA TUTUP 31 JANUARI 2023 31 DISEMBER 2023 TUTUP LAPORAN KAJIAN KUALITI PENYENGGARAAN DI LEBUHRAYA TAHUN 2023
4. TAHAP KESELAMATAN SEWAKTU DI TAPAK PEMBINAAN TUTUP 31 JANUARI 2023 31 DISEMBER 2023 TUTUP LAPORAN KAJIAN TAHAP KESELAMATAN SEWAKTU DI TAPAK PEMBINAAN TAHUN 2023
5. KUALITI PENYENGGARAAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TUTUP 31 JANUARI 2023 31 DISEMBER 2023 TUTUP LAPORAN KAJIAN KUALITI PENYENGGARAAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TAHUN 2023
TAHUN 2022
1. KAJIAN KEPUASAN PELAWAT PORTAL RASMI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TUTUP 31 DISEMBER 2021 31 JANUARI 2022 TUTUP
  1. LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELAWAT PORTAL RASMI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TAHUN 2021
  2. HASIL KEPUTUSAN KAJIAN KEPUASAN PELAWAT PORTAL RASMI KEMENTERIAN KERJA RAYA
TAHUN 2021
1. KESELESAAN PEMANDUAN DI JALAN PERSEKUTUAN TUTUP 31 JANUARI 2021 31 DISEMBER 2021 TUTUP LAPORAN KAJIAN KESELESAAN PEMANDUAN DI JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2021
2. KUALITI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TUTUP 31 JANUARI 2021 31 DISEMBER 2021 TUTUP LAPORAN KAJIAN KUALITI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2021
3. KUALITI PENYENGGARAAN LEBUHRAYA TUTUP 31 JANUARI 2021 31 DISEMBER 2021 TUTUP LAPORAN KAJIAN KUALITI PENYENGGARAAN DI LEBUHRAYA TAHUN 2021
4. TAHAP KESELAMATAN SEWAKTU DI TAPAK PEMBINAAN TUTUP 31 JANUARI 2021 31 DISEMBER 2021 TUTUP LAPORAN KAJIAN TAHAP KESELAMATAN SEWAKTU DI TAPAK PEMBINAAN TAHUN 2021
5. KUALITI PENYENGGARAAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TUTUP 31 JANUARI 2021 31 DISEMBER 2021 TUTUP LAPORAN KAJIAN KUALITI PENYENGGARAAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TAHUN 2021

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)  mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan kami. Hantarkan pendapat anda di sini  adminukk@kkr.gov.my

* Bagi aduan dan pertanyaan sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui ruangan ► Aduan Awam