Langkau ke kandungan utama
1

Bengkel Task Force Halatuju Industri Lebuh Raya Bertol Di Malaysia

Bengkel Task Force Halatuju Industri Lebuh Raya Bertol Di Malaysia

SEPANG, SELANGOR, 3 September 2020 – Industri lebuh raya merupakan faktor penyumbang atau “greater gains” kepada perkembangan ekonomi negara. “Multiplier effect” dari sesebuah lebuh raya yang dibina mampu memberikan pelbagai impak positif kepada industri-industri yang lain. Contohnya wujud bandar-bandar baharu, kawasan perindustrian baharu dan sebagainya.

Justeru, satu Bengkel Task Force Halatuju Industri Lebuh Raya Bertol di Malaysia telah diadakan bertempat di Avani Sepang GoldCoast Resort bermula 3 hingga 5 September 2020. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari satu keputusan yang holistik dan konklusif bagi hala tuju industri lebuh raya bertol di Malaysia. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mencapai satu ketetapan di antara tiga Kementerian yang terlibat di dalam industri ini iaitu Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Perasmiannya telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan. Peserta bengkel melibatkan agensi-agensi Kerajaan seperti Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, wakil Kementerian Kewangan, wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia, wakil lain-lain agensi Kerajaan yang berkaitan dan wakil dari pihak swasta iaitu Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita