Langkau ke kandungan utama
1

Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2012

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2012 bersempena dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013 telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam ini. Penganugerahan MCIEA ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa. Pada majlis ini, sebanyak 13 pemenang yang terdiri daripada lima kategori telah diraikan. Bagi kategori The Prominent Player Award, ia dimenangi oleh YBhg. Dato’ Ng Kee Leen, Pengarah Eksekutif GAMUDA Berhad. Tujuh kontraktor pula dipilih untuk kategori Contractor Awards iaitu IJM Construction Sdn Bhd. (kategori G7), Putra Sentosa Enterprise (G6), Moncheh Technology (M) Sdn. Bhd. (G5), Renoplex Sdn. Bhd. (G4), Kluang Setia Development Sdn. Bhd. (G3), 1st Builders Sdn. Bhd. (G2) dan Double R Enterprise (G1). Bagi kategori Project Awards, syarikat yang dipilih ialah Bina Puri Construction Sdn. Bhd. (Eastern Dispersal Link – EDL, Johor Bahru), Kluang Setia Development Sdn. Bhd. (Pembangunan perumahan di Kluang, Johor) dan Digione Malaysia Sdn. Bhd. (Bangunan Naza Kia Malaysia, Petaling Jaya). Anugerah International Achievement Award dimenangi oleh Sunway Construction Sdn. Bhd. (pembinaan Pembangunan Bandar Sukan Zayed, Abu Dhabi, UAE) manakala Special Award for Innovation dimenangi oleh pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (DNA Damper System). MCIEA 2012 merupakan tahun kedua belas penganjurannya dan merupakan penganugerahan kepada penggiat industri pembinaan selepas dipilih melalui satu proses penilaian yang rapi oleh jawatankuasa dan panel hakim. Menurut YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB sewaktu menyampaikan ucapan aluan, sebanyak 212 penyertaan telah diterima dan merupakan peningkatan angka daripada tahun sebelumnya. “Saya juga difahamkan angka ini tidak melambangkan peningkatan kuantiti semata-mata, tetapi juga merangkumi peningkatan kualiti pembinaan dari segi rekaan, kerja dan juga kelestarian dengan alam sekitar,” ujarnya lagi. Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Himmat Singh serta para pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita