Tangguh naik tol
PUTRAJAYA 27 Feb. - Berita baik untuk rakyat! Kabinet hari ini menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya seperti yang diumumkan semalam.
Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan.
"Keputusan untuk menangguh kenaikan kadar tol belum ditetapkan tempoh sehingga bila.