PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA, SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT DAN TRADISI | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA, SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT DAN TRADISI

KUALA LUMPUR  – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah merayakan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kementerian Kerja Raya Bagi Tahun 2026 dalam suasana penuh semangat dan meriah. Program berkenaan telah disempurnakan peluncurannya oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya.

Sambutan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan negara yang mula diisytiharkan pada tahun 2015, dianjurkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. HSN bertujuan membudayakan sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, seterusnya merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah "Negara Bersukan" (Sporting Nation).

Menariknya pada kali ini, KKR menggamit suasana berbeza dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti Sukan Rakyat. Penganjuran sukan tradisional dan rakyat ini bukan sahaja bertujuan memupuk kestabilan fizikal serta kecergasan mental, malah berkesan dalam menyemai semangat perpaduan, kerjasama berpasukan, serta memelihara warisan budaya tempatan di kalangan warga kementerian.

Dato' Zainal Alhakab Seman dalam perasmiannya menegaskan bahawa penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti bersukan berupaya meningkatkan produktiviti, mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik, dan merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

KKR komited untuk terus menyokong agenda sukan negara dan memastikan amalan gaya hidup aktif dijadikan sebagai budaya kerja harian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10