TURPA KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA MENINJAU PERKEMBANGAN PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTASAN CAMERON HIGHLANDS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURPA KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA MENINJAU PERKEMBANGAN PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTASAN CAMERON HIGHLANDS

Submitted by wmukk on 3 November 2026

CAMERON HIGHLANDS – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah mengadakan sesi lawatan turun padang (TURPA) bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek-projek infrastruktur di sekitar Cameron Highlands, khususnya Projek Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands, Pahang.

Lawatan kerja ini bertujuan memantau kemajuan fizikal projek di tapak bina, mengenal pasti sebarang cabaran teknikal secara langsung, serta memastikan pelaksanaan kerja mematuhi piawaian kualiti, keselamatan, dan jadual masa yang telah ditetapkan. Melalui peninjauan ini, pihak kementerian komited untuk memastikan laluan pintasan ini dapat disiapkan dengan lancar bagi menyuraikan aliran trafik, memendekkan masa perjalanan, serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tumpuan pelancongan ini.

Kementerian Kerja Raya menegaskan bahawa perancangan rapi dan pelaksanaan projek infrastruktur jalan raya ini dilaksanakan dengan penuh iltizam demi kesejahteraan, keselesaan, dan kemakmuran rakyat secara keseluruhannya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4