TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI DARI CHINA
KUALA LUMPUR – YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi dari China dalam satu pertemuan yang berlangsung di Kementerian Kerja Raya (KKR).
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pembinaan dan pembangunan infrastruktur, khususnya melibatkan perkongsian kepakaran, teknologi serta pengalaman dalam industri pembinaan.
KKR sentiasa mengalu-alukan hubungan kerjasama strategik dengan pihak antarabangsa bagi meneroka peluang baharu, memperkukuh hubungan dua hala serta menyokong pembangunan infrastruktur negara yang berkualiti, mampan dan berdaya saing.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments