Langkau ke kandungan utama
1

Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013

KUALA LUMPUR, 17 September - Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi di bawahnya iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa iaitu International Sustainable Infrastructure and Built Environment 2013 bersempena dengan penganjuran pameran antarabangsa Ecobuild Southeast Asia 2013. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Persidangan tersebut yang bertemakan "Driving Sustainability And Resiliency In Infrastructure And Urban Cities Development" akan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur mampan, selain daripada membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kesan pembangunan ke atas alam sekitar di peringkat global.

Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013 yang bermula dari 17 hingga 19 September 2013 ini pula adalah gabungan tiga pameran utama, iaitu Greenbuild Asia 2013, Solarasia Expo 2013 dan Ecolight Asia 2013.  Ia bertujuan untuk mendedahkan dan menggalakkan penggiat industri mengguna pakai teknologi baru dan terkini serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pembinaan mampan di rantau ini.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita