Langkau ke kandungan utama

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2010

Image removed.Negeri Sembilan- 27 September 2011, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Bagi Tahun 2010 sempena Hari Audit Semalaysia 2011 yang telah diadakan di Akademi Audit Negara, Nilai, Negeri Sembilan.

Kementerian Kerja Raya telah menerima penarafan 4 Bintang iaitu tahap prestasi pengurusan kewangan yang cemerlang. Anugerah disampaikan Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj. Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan diterima oleh Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK