Langkau ke kandungan utama
1

Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur (MPMKI) Bil. 2

Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur (MPMKI) Bil. 2

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2020 - Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur (MPMKI) Bilangan 2 Tahun 2020 telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Mesyuarat ini adalah kelansungan MPMKI Bilangan 1 yang telah diadakan pada 9 April 2020.

MPMKI merupakan mesyuarat tertinggi bagi kluster ini yang berperanan membuat keputusan dasar mengenai perancangan dan pembangunan infrastruktur negara. Ini merangkumi sistem perhubungan, sistem komunikasi, sistem pengangkutan, perancangan dan pembangunan bandar / luar bandar serta aspek alam sekitar yang saling berkait rapat dengan sosioekonomi penduduk Malaysia.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri dan Timbalan Menteri Kluster Infrastruktur iaitu, Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Sri Dr. Santhara J.P serta Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli,YB Tuan Ali Biju.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita