KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PTG DAN PENGARAH JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PTG DAN PENGARAH JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

Submitted by wmukk on 3 November 2026

KUALA LUMPUR – YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, DPMP., PMP., AMP. serta Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Mohd Basri bin Abdul Manaf. Turut hadir pegawai-pegawai kanan KKR, PTG Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi, khususnya dalam perkara berkaitan bidang tanah, perhutanan serta pembangunan infrastruktur.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perbincangan mengenai usaha mempertingkatkan penyelarasan dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri demi memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5