PENUTUPAN RASMI GARIS TEGAS PEMANTAPAN PROJEK DAN INOVASI INFRASTRUKTUR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PENUTUPAN RASMI GARIS TEGAS PEMANTAPAN PROJEK DAN INOVASI INFRASTRUKTUR

Submitted by wmukk on 2 November 2026

GENTING HIGHLANDS – Tirai Mesyuarat Halatuju Strategik Kementerian Kerja Raya (KKR) Bersama Agensi 2027 di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, secara rasminya melabuhkan tirai hari ini menerusi sesi rumusan dan majlis penutup yang menyatukan seluruh ketetapan serta pelan tindakan masa hadapan kementerian.

Sesi kemuncak tersebut merumuskan hasil dapatan daripada pembentangan bahagian-bahagian teras kementerian serta agensi dan badan profesional naungan KKR yang merangkumi Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM), serta Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Sesi rumusan strategik berkenaan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Alexander Nanta Linggi, dan Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan. Kepimpinan tertinggi kementerian menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap pemantapan tadbir urus projek, pengukuhan pematuhan piawaian kejuruteraan, pemerkasaan teknologi digital dalam industri pembinaan, serta ketangkasan penyampaian perkhidmatan.

Menerusi ketetapan yang dimuktamadkan ini, KKR menaruh harapan tinggi agar hala tuju strategik tahun 2027 berupaya menterjemahkan perancangan fizikal dan dasar kepada realiti operasi yang berkesan. Pemuafakatan erat antara warga kementerian, agensi pelaksana, dan pihak industri diyakini mampu memacu sektor pembinaan dan infrastruktur negara ke tahap yang lebih progresif, mampan, dan berdaya tahan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5