KSU TINJAU PROJEK KLINIK KESIHATAN TIMAH LANGAT, TEKANKAN DELIVERY CULTURE DEMI MANFAAT RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KSU TINJAU PROJEK KLINIK KESIHATAN TIMAH LANGAT, TEKANKAN DELIVERY CULTURE DEMI MANFAAT RAKYAT

TIMAH LANGAT, SELANGOR - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Pembinaan Baharu Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters Timah Langat, Selangor bagi menilai sendiri kemajuan pelaksanaan, mengenal pasti isu kritikal serta memastikan setiap tindakan penyelesaian dipercepatkan. Bagi projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat, setiap kelewatan bukan sekadar memberi kesan kepada jadual dan kos projek, tetapi turut membawa social cost kepada rakyat yang menantikan kemudahan kesihatan lebih baik.

YBhg. Dato’ Seri KSU menegaskan supaya semua pihak memperkukuh sense of urgency, ownership dan accountability serta memastikan setiap isu disusuli dengan follow up and follow through sehingga selesai. Tiada isu harus dibiarkan berlarutan tanpa keputusan, pemilik tindakan dan tempoh penyelesaian yang jelas. Less Excuses. More Execution. Less Talk. More Delivery. Keutamaan adalah memastikan projek disiapkan mengikut tempoh, memenuhi spesifikasi dan standard kualiti serta memberikan value for money, supaya fasiliti ini dapat segera dimanfaatkan oleh rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4