PERHIMPUNAN BULANAN KKR SEPTEMBER 2026: WARGA CERGAS, KKR TANGKAS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PERHIMPUNAN BULANAN KKR SEPTEMBER 2026: WARGA CERGAS, KKR TANGKAS

KUALA LUMPUR – Memulakan September dengan semangat yang lebih segar, pagi tadi Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Dr. Ahmad Maslan diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abd Khalid serta Ketua-ketua Agensi ke hadir ke Perhimpunan Bulanan KKR Edisi September 2026 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Perhimpunan kali ini dikendalikan bersama oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti KKR dan Bahagian Khidmat Pengurusan KKR dengan membawa tema “Warga Cergas, KKR Tangkas” yang menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan mental sebagai asas kepada warga kerja yang lebih produktif dan berdaya tahan.

Turut berlangsung gimik Serahan Kit Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bersempena pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya.

Dalam masa yang sama, penghargaan turut diberikan kepada 25 orang Trainer MyINFRA atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memperkasa pembangunan kompetensi warga kerja. Bukan sekadar cergas tubuh badan, aspek kesihatan mental turut diberi perhatian menerusi ceramah “Cakna Kesihatan Mental: Jaga Minda, Jaga Diri” yang disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena bulan kebangsaan, satu sesi Uji Minda: Aku Kasih Malaysia oleh Akademi Kenegeraan Malaysia turut dilakukan. Sesi ini dikendalikan secara interaktif melalui platform Kahoot! untuk menguji tahap pengetahuan warga Kementerian mengenai Malaysia. 

Perhimpunan kemudian ditutup dengan persembahan Chairobic (X-Break) yang mengajak warga Kerja Raya untuk sama-sama bergerak, kekal aktif dan menjadikan amalan hidup sihat sebahagian daripada budaya kerja.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5