TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK PROJEK PUSAT KANSER SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK PROJEK PUSAT KANSER SARAWAK

KUCHING - Projek Pusat Kanser Sarawak di Samarahan merupakan inisiatif strategik hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan negara.

Hari ini Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi mempengerusikan sesi taklimat tender juga mengadakan tinjauan lokasi bagi memberi penerangan yang lebih jelas mengenai skop pelaksanaan projek secara reka dan bina (design & build), di samping memberikan gambaran menyeluruh tentang lokasi pembinaan bagi memastikan pelaksanaan projek yang berkualiti serta memberikan nilai terbaik kepada Kerajaan.

Hadir sama ialah Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani serta Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan JKR, YBrs. Ir. Norzani Mahmood.

Apabila siap kelak, Pusat Kanser Sarawak berkapasiti 310 katil ini bakal menyediakan perkhidmatan onkologi yang komprehensif, merangkumi rawatan pesakit luar dan pesakit dalam, diagnostik, radioterapi, kemoterapi, pemindahan sel stem serta terapi selular.

Kemudahan ini dijangka meningkatkan keupayaan diagnosis dan rawatan kanser secara bersepadu di satu lokasi, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kekal komited dalam merealisasikan pembangunan fasiliti kesihatan yang moden, berkualiti dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4