YBM MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PELANTIKAN KONTRAKTOR PEMASANGAN LED BERKUASA SOLAR DI SELURUH NEGARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YBM MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PELANTIKAN KONTRAKTOR PEMASANGAN LED BERKUASA SOLAR DI SELURUH NEGARA

KUALA LUMPUR - Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan Malaysia 2026 pada 10 Oktober 2025, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) komited dalam memperkukuh aspek keselamatan pengguna lebuh raya menerusi pelaksanaan inisiatif pemasangan lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi-lokasi berisiko berlaku kemalangan di lebuh raya bertol seluruh negara.

Pagi tadi Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Bagi Pelantikan Kontraktor Untuk Cadangan Kerja-Kerja Pemasangan Lampu Jalan Jenis LED Berkuasa Solar kepada empat kontraktor yang berjaya dilantik.

Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kawasan kerap berlakunya kemalangan (blackspot) serta lokasi yang mencatatkan kadar pemberat kemalangan yang tinggi berdasarkan analisis data kemalangan pada waktu malam. Melalui projek ini, sebanyak 3,000 unit lampu jalan LED berkuasa solar akan dipasang melibatkan 32 lokasi di lebuh raya utama seluruh negara seperti berikut: 

Lebuhraya Utara Selatan (E1) (Utara)

(Antara Persimpangan Bertingkat Sungai Buloh dan Persimpangan Bertingkat Gurun)
12 lokasi
1005 tiang

Lebuhraya Seremban – Port Dickson (E29); dan Lebuhraya Utara Selatan (E2) (Selatan)
(Antara Persimpangan Bertingkat Senawang dan Persimpangan Bertingkat Pedas Linggi)
6 lokasi
567 tiang

Lebuhraya Utara Selatan (E2) (Selatan)
(Antara Persimpangan Bertingkat Ayer Keroh dan Persimpangan Bertingkat Yong Peng (Utara))
5 lokasi
738 tiang

Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (E8)
(Antara Karak dan Bentong); Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (E8)
(Antara Persimpangan Bertingkat Chenor dan Persimpangan Bertingkat Gambang); dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (E8)
(Antara Persimpangan Bertingkat Bukit Besi dan Persimpangan Bertingkat Ajil)
9 lokasi
690 tiang

Penyerahan SST ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan LLM untuk mempertingkatkan tahap keselamatan infrastruktur lebuh raya negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4