PANTAUAN JALAN BERALUN DI JALAN PROTOKOL TERMINAL KLIA 2 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PANTAUAN JALAN BERALUN DI JALAN PROTOKOL TERMINAL KLIA 2

SEPANG - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah turun padang meninjau keadaan jalan beralun di laluan protokol Terminal 2 (KLIA2) susulan aduan yang diterima dalam Mesyuarat POSKAB (Pasca Kabinet).

Turut hadir, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Infra) JKR, YBrs. Ir. Ts. Haji Mohd Nasir bin Bontat, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) JKR serta YBrs. En. Azarul Azlan bin Mohd Radhi, Jurutera Daerah Sepang.

Hasil lawatan mendapati lokasi berkenaan masih berada di bawah tanggungjawab senggaraan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan belum diserahkan kepada pihak JKR Malaysia.

Sehubungan itu, JKR Daerah Sepang akan mengemukakan surat rasmi kepada pihak MAHB bagi melaksanakan kerja-kerja senggaraan di lokasi terlibat. Sekiranya penyerahan kepada pihak JKR ingin dilaksanakan, pihak MAHB perlu terlebih dahulu melaksanakan pembaikan menyeluruh mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh JKR Malaysia.

KKR dan JKR komited memastikan aspek keselamatan, keselesaan serta kelancaran laluan pengguna sentiasa diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4