GEMILANG ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KKR BAGI TAHUN 2025: PENGHARGAAN BUAT 905 PENERIMA DAN 12 PESARA BAKTI
KUALA LUMPUR - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung dengan penuh gemilang bagi menghargai dedikasi, komitmen dan kecemerlangan warga kerja KKR dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Seramai 905 warga KKR telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), manakala 12 orang pesara turut diraikan atas jasa dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Pengiktirafan ini menjadi simbol penghargaan terhadap usaha, integriti dan semangat kerja berpasukan yang terus memperkukuh kecemerlangan KKR.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Yang Berbahagia Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, Yang Berusaha Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Yang Berusaha Encik Suhaimi bin Mansor, Yang Menjalankan Tugas sebagai Ketua Eksekutif Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Tahniah kepada seluruh penerima APC dan selamat bersara kepada para pesara yang diraikan. Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan demi KKR dan Malaysia MADANI.
- Log in to post comments