SESI MENANDATANGANI DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SESI MENANDATANGANI DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

KUALA LUMPUR  – Satu sesi menandatangani Deklarasi Data Aset Jalan telah diadakan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Majlis yang berlangsung di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya dimulakan dengan sesi taklimat daripada Cik Masdara Siregar binti Mohd Samsir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Dan Antarabangsa

Deklarasi ini melambangkan komitmen bersama antara KKR dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkukuh pengurusan data aset jalan demi penyelenggaraan infrastruktur yang lebih efisien dan bersepadu. 

Ia juga sebagai salah satu Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) KKR tahun 2025 yang diseliakan di bawah Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0