LAWATAN TURUN PADANG PROJEK PEMBINAAN PUSAT AKTIVITI SETIA PERDANA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN TURUN PADANG PROJEK PEMBINAAN PUSAT AKTIVITI SETIA PERDANA

SETIA PERDANA – YB Datuk Dr. Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, telah mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Pembinaan Pusat Aktiviti Setia Perdana bagi meninjau sendiri status kemajuan projek.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas berhubung isu-isu yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek serta memastikan tindakan intervensi segera dapat dilaksanakan oleh semua pihak terlibat. Dalam sesi taklimat yang diberikan oleh pihak kontraktor dan agensi pelaksana, beberapa faktor telah dikenal pasti menyumbang kepada kelewatan, termasuk kekangan kewangan, masalah pengurusan tapak, serta isu teknikal.

Timbalan Menteri menegaskan bahawa projek ini amat penting kepada komuniti setempat kerana ia bakal menyediakan kemudahan aktiviti dan pembangunan sosial yang menyeluruh. Sehubungan itu, beliau mengarahkan agar pelan pemulihan projek diperkemas dan dilaksanakan dengan segera bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab sehingga menjejaskan kepentingan rakyat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya tiada penambahbaikan yang ketara dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pemantauan berterusan oleh pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual baharu yang dipersetujui.

Kerajaan komited untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat optimum kepada rakyat serta disiapkan mengikut piawaian kualiti dan tempoh yang ditetapkan 

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0