Langkau ke kandungan utama
Bahagian Cawangan Unit
Kategori Bahagian
Alamat Jabatan

Pejabat Unit Audit Dalam,
Tingkat 9, Blok B,
Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Visi

Penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan, akauntabiliti dan integriti dalam memastikan visi Kementerian tercapai.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan berkualiti untuk memastikan Kementerian terus menjadi peneraju di dalam industri pembinaan dan pembangunan infrastruktur.

Objektif

Membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin; untuk menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan pengurusan kewangan serta tadbir urus.
Menentukan program dan aktiviti Kementerian dan Jabatan di bawahnya diuruskan dengan berhemah, cekap serta berkesan.
 

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi

•    Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
•    Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undangundang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
•    Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
•    Mengkaji aset dan harta awam lain dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
•    Memberi pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem teknologi maklumat;
•    Melaporkan kepada KSU Kementerian hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
•    KAD bertindak sebagai Setiausaha JKA selaras dengan 1PP PS 3.2;
•    Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan KSU Kementerian dan dikemukakan kepada Bahagian Strategik Komunikasi Korporat, Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh yang telah ditetapkan.
 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
•    Menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan dalam masa dua (2) bulan sehingga Pemerhatian Audit dikeluarkan; dan
•    Menjalankan Pengauditan Prestasi Projek dan Pengauditan ICT dalam masa tiga (3) bulan sehingga Pemerhatian Audit dikeluarkan.