Langkau ke kandungan utama
Alamat Jabatan

Bahagian Pembangunan & Penswastaan,
Tingkat 4, Blok A,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03 - 2771 4445
No. Faks : 03 - 2711 4788

Visi
  • Menjadi Bahagian yang cemerlang dalam menguruskan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam membantu pembangunan negara.
Misi
  • Menyelaras dan menyediakan peruntukan yang secukupnya supaya projek-projek dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditetapkan;
  • Memantapkan kaedah pemantauan pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang  diluluskan; dan
  • Menilai keberkesanan projek pembangunan yang dilaksanakan dari segi input dan impak kepada masyarakat.
Objektif
  • Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • PEMBANGUNAN - Pelan Tindakan Pelaksanaan Rancangan Lima Tahun KKR
  • PEMBANGUNAN - Penyediaan bajet pembangunan tahunan
  • PEMBANGUNAN - Memantau kemajuan fizikal dan kewangan projek-projek KKR
  • PEMBANGUNAN - Memantau pengurusan trafik projek pembangunan
  • PEMBANGUNAN - Memantau Pengurusan Kontrak Pelaksanaan Projek
  • PEMBANGUNAN - Memantau proses penyerahan projek kepada KKR
  • PEMBANGUNAN - Memantau proses penutupan akaun projek
  • PEMBANGUNAN - Memantau pengurusan pengambilan balik tanah
  • PEMBANGUNAN - Pemantauan pelaksanaan projek-projek KKR
  • PEMBANGUNAN - Pengurusan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
  • PEMBANGUNAN - Penyediaan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri
  • PEMBANGUNAN - Penyediaan Maklumbalas dan Jawapan Mesyuarat Jemaah Menteri
  • PENSWASTAAN - Memantau obligasi LLM menentukan kadar tol dan operasinya
  • PENSWASTAAN - Memantau pembangunan projek penswastaan lebuh raya
  • PENSWASTAAN - Menguruskan permohonan pembangunan di tepi lebuh raya
  • PENSWASTAAN - Menguruskan permohonan paparan iklan
  • PENSWASTAAN - Penyediaan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri
  • PENSWASTAAN - Memantau projek-projek Kementerian Pelanggan
Piagam Pelanggan

Memastikan semua projek pembangunan infrastruktur di bawah kawalan Kementerian dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan melalui mekanisme/prosedur seperti berikut:

  • Menyediakan Bajet Pembangunan Tahunan berdasarkan Pekeliling-pekeliling Kementerian Kewangan pada penghujung bulan April setiap tahun.
  • Menyedia dan mengeluarkan waran peruntukan bagi membiayai projek pembangunan di dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh diterima.
  • Surat Kebenaran untuk pelaksanaan projek pembangunan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh permohonannya diterima.
  • Pindah peruntukan (virement) di bawah kawalan Kementerian akan dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Menguruskan permohonan pengambilan balik tanah (PBT) kepada JKPTG bagi projek-projek infrastruktur di bawah Kementerian dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Borang 'H' yang diterima akan dikemukakan kepada Agensi Pelaksana untuk penyediaan pembayaran dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.
  • Menyediakan ulasan ke atas laporan, kajian dan cadangan projek-projek yang diterima dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh ianya diterima.