Langkau ke kandungan utama
Alamat Jabatan

Bahagian Perancang Jalan,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tkt.2, Blok A,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
No. Telefon   :   03- 2771 4201
No. Faks       :   03-2711 3975

Visi

Menjadi pusat perancangan jalan dan perundingan trafik yang terbilang.

Misi

Mewujudkan sistem jalan raya yang ekonomi, cekap, selamat serta mesra alam dan pengguna.

Objektif

Bahagian ini telah menggariskan objektif berikut dalam melaksanakan fungsi-fungsi di atas

  • Merancang rangkaian jalan raya yang mesra alam bagi merangsang pembangunan sosio-ekonomi negara
  • Membantu pihak berkuasa tempatan dalam menyelesaikan masalah pengangkutan bandar
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan dan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan kejuruteraan trafik
  • Meningkatkan mutu keselamatan jalan raya melalui kaedah kejuruteraan dan
  • Meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna melalui kaedah teknologi sistem pengangkutan pintar.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Merangka dasar rangkaian lebuh raya/jalan raya Kebangsaan yang cekap, ekonomi dan selamat yang boleh menjana pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • Menyedia Rancangan Lima Tahun (RLT) bagi Kementerian Kerja Raya
  • Menjalankan kajian kemungkinan bagi menentukan daya maju projek jalan yang dicadangkan dari segi teknikal dan ekonomi.
  • Memantau perancangan projek baru lebuh raya dan membuat unjuran trafik bagi projek-projek penswastaan berkenaan
  • Menjalankan bancian dan kajian lalu lintas bagi mengumpul maklumat mengenai ciri-ciri operasi perjalanan serta lain-lain maklumat untuk tujuan perancangan jalan
  • Menyelaras aktiviti perancangan jalan raya dengan perancangan guna tanah bagi sesuatu kawasan agar perancangan dapat dijalankan secara bersepadu
  • Mengkaji keupayaan sistem rangkaian jalan raya bagi menampung permintaan trafik semasa dan akan datang, mengenal pasti keperluan menyeluruh sektor pengangkutan jalan raya dan merangka program pelaksanaan jangka pendek dan panjang
  • Mengumpul dan menganalisis data kemalangan untuk mengenalpasti kawasan yang sering berlaku kemalangan dan mengesyorkan konsep langkah pembaikan
  • Menjalankan kajian Kesan Alam Sekitar bagi projek jalan raya yang dirancang
  • Menjalankan kajian Impak Sosial dan outcome bagi projek jalan raya yang telah atau belum dibangunkan
  • Menetapkan halatuju Sistem Pengangkutan Pintar di negara ini serta merancang dan memantau pelaksanaan sistem tersebut
Piagam Pelanggan

Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi memberikan kepuasan kepada pengguna, Bahagian ini telah menyediakan piagam pelanggan berikut agar ianya dipatuhi oleh semua kakitangan yang terlibat:-

  • Menerbitkan buku "Road Traffic Volume Malaysia" sebelum 30 Jun setiap tahun;
  • Menyediakan senarai lokasi merbahaya dikeluarkan sebelum 30 Ogos;
  • Menyediakan ulasan unjuran trafik bagi projek penswastaan dalam tempoh 2 bulan;
  • Selesai memproses data-data banci kebangsaan dua bulan selepas bancian; dan
  • Membayar tuntutan perunding dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan invois.