Langkau ke kandungan utama
Alamat Jabatan

Bahagian Pengurusan Fasiliti
Aras 7, Blok B, Kompleks Kerja Raya
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2711 4701
No. Faks : 03-2711 4464
 

Visi

Menjadi agensi kawal selia penyenggaraan yang efektif bagi Jalan Persekutuan, cerun serta Bangunan Gunasama Persekutuan dan peneraju kepada pengurusan fasiliti yang efisien.

Misi

Memastikan pelaksanaan perkhidmatan serta pengurusan fasiliti oleh pihak kontraktor dan konsesi menepati Perjanjian Kontrak Penyenggaraan.

Objektif

Mengawal selia, memantau dan memastikan polisi berkaitan penswastaan penyenggaraan Jalan Persekutuan, cerun, Bangunan Gunasama Persekutuan serta pengurusan fasiliti dilaksanakan menepati kontrak penyenggaraan.

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  1. Merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia berdasarkan Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan;
  2. Merancang, melaksana dan memantau penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan di seluruh Malaysia berdasarkan Perjanjian Penswastaan Bangunan Gunasama Persekutuan. BPF berperanan sebagai strategik dan taktikal agensi dalam konteks pelaksanaan perjanjian penswastaan pengurusan dan penyenggaraan di Bagunan Gunasama Kerajaan Persekutuan, dengan kata lain sebagai arkitek dalam merangka Petunjuk Prestasi Utama (KPI), memantau dan menilai prestasi kontrak, manakala pihak konsesi berperanan melaksanakan pengoperasian dan penyenggaraan aset dan fasiliti di bangunan;
  3. Menguruskan aset tak alih kerajaan (fasiliti) iaitu premis bangunan Kompleks Kerja Raya;
  4. Berperanan sebagai Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) Kementerian dan Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (Fasiliti) Kementerian dan Custodian kepada data Aset Tak Alih Kementerian Kerja Raya dan agensi-sgensi di bawahnya;
  5. Mengawal selia pelaksanaan pengurusan pembaikan kecil dan penyenggaraan cerun di Jalan-jalan persekutuan di seluruh Malaysia;
  6. Mengawal selia kuarters milikan Kementerian Kerja Raya di Semenanjung Malaysia dan Labuan;
  7. Merancang, memohon bajet dan menyelaras pengagihan peruntukan dan mengawal perbelanjaan peruntukan bagi aktiviti penyenggaraan Jalan Persekutuan, penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan, penyenggaraan dan pembaikan kecil cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia; dan
  8. Merangkan serta membangunkan dasar-dasar khusus berkaitan pengurusan dan penyenggaraan aset tak alih, pewartaan jalan persekutuan, pengurusan kuarters persekutuan di bawah kawalan KKR, pengurusan aset selepas pemansuhan tol dan pengurusan fasiliti.
Piagam Pelanggan

Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam memberikan kepuasan kepada pengguna, Bahagian ini telah menyediakan Piagam Pelanggan seperti berikut:

  1. Memastikan tindakan kawalan lalu lintas disediakan dalam tempoh satu (1) jam bagi kerja-kerja kecemasan di Jalan Persekutuan;
  2. Memastikan syarikat konsesi mengambil tindakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Laporan Ketidakakuran terhadap Bangunan Gunasama Persekutuan dikeluarkan;
  3. Memastikan tindakan menampal lubang jalan (pothole) di Jalan Persekutuan diambil tindakan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam;
  4. Memastikan pengagihan peruntukan bagi penyenggaraan Jalan Persekutuan, cerun dan Bangunan Gunasama Persekutuan kepada Pusat Tanggungjawab terlibat dilaksanakan dalam tempoh 14 hari selepas peruntukan diterima;
  5. Memastikan syarikat konsesi mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Laporan Ketidakakuran (LKA) terhadap Jalan Persekutuan dikeluarkan;