Langkau ke kandungan utama
Alamat Jabatan

Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 9, Blok B
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2771 4089
No. Faks : 03-2711 6612

Visi

Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai satu bahagian yang cemerlang dan terbilang di dalam pengurusan pentadbiran di Kementerian Kerja Raya.

Misi
  • Memberi khidmat pentadbiran yang berkualiti;
  • Memastikan Kompleks Kerja Raya dalam keadaan kondusif dan selamat; dan
  • Memberi perkhidmatan logistik yang optimum supaya semua aktiviti Kementerian dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Objektif

Memberi khidmat sokongan dari segi pengurusan pentadbiran, penyenggaraan, kawalan keselamatan, logistik, kewangan dan perkhidmatan kepada anggota pentadbiran, pengurusan atasan dan bahagian-bahagian Kementerian Kerja Raya dengan cepat, cekap dan efisien.

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Urus setia Parlimen Kementerian Kerja Raya;
  • Mengurus dan menyelaras urusan Kewangan bagi semua aktiviti di bawah Khidmat Pengurusan
  • Urusan keselamatan Kompleks Kerja Raya - merancang, memantau dan memastikan keselamatan perlindungan fizikal dan dokumen terperingkat di Kementerian Kerja Raya;
  • Khidmat pentadbiran dan menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai di Bahagian dan Pejabat Pengurusan Atasan;
  • Khidmat bantuan logistik dan menyelaras pengurusan kenderaan Jabatan untuk kegunaan Bahagian dan Pejabat Pengurusan Atasan
  • Urus setia aktiviti pengurusan kualiti Kementerian Kerja Raya; 
  • Urus setia aktiviti inspektorat Kementerian Kerja Raya;
  • Urus Setia bagi Majlis-Majlis Rasmi di Peringkat Kementerian;
  • Merancang dan menguruskan rekod di jabatan yang meliputi peringkat pewujudan, penggunaan, pemeliharaan dan pelupusan rekod;
  • Mengurus dan menyelaras aset-aset di BKP dan Pengurusan Atasan; dan
  • Bertanggungjawab terhadap keurusetiaan Mesyuarat Sektor Pengurusan, Mesyuarat Pegawai BKP dan Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan BKP.
Piagam Pelanggan
  • Memastikan draf jawapan Parlimen dikemukakan kepada Y.B. Menteri dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum soalan dibentang di Parlimen;
  • Memastikan kawalan keselamatan di Kompleks Kerja Raya sentiasa dalam keadaan selamat;
  • Memastikan kemudahan logistik dapat disiapkan selewat-lewatnya 1 jam sebelum majlis bermula;
  • Memastikan surat/dokumen yang diterima diagihkan untuk diambil oleh Bahagian/Jabatan/Agensi pada hari yang sama;
  • Memastikan 90% baucer bayaran diproses dalam tempoh 10 hari dari tarikh invois diterima;
  • Memproses Pas Keselamatan dalam tempoh 3 hari bekerja setelah dokumen diterima;
  • Memastikan Naziran Fail Meja dilaksanakan 2 kali setahun; dan
  • Memastikan sekurang-kurangnya 3 program kualiti dilaksanakan setahun sekali di Kementerian Kerja Raya.