Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KEMENTERIAN KERJA RAYA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2025

PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2025 โ€“ Kementerian Kerja Raya bersama Agensi sertai membuka reruai di Hari Terbuka Putrajaya 2025. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah disediakan untuk pengunjung yang hadir di reruai KKR seperti sesi Kahoot, simulasi kimpalan dan pelbagai lagi.  
 

LAWATAN YB DATUK SERI AHMAD MASLAN, TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA (YBTM) KE BAHAGIAN DASAR DAN ANTARABANGSA (BDA), KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2025 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan ke Bahagian Dasar Dan Antarabangsa (BDA), Kementerian Kerja Raya. 

KUNJUNG HORMAT YAB MENTERI BESAR JOHOR KE KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Johor, YAB. Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim serta para pengurusan tertinggi kementerian serta agensi. 

YB MENTERI RASMI KURSUS PEMANTAPAN KONTRAKTOR ANJURAN PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA (PKBM)

SABAK BERNAM, 05 FEBRUARI 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir merasmikan Kursus Pemantapan Kontraktor anjuran Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) bertempat di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.  

PROJEK INFRASTRUKTUR RAKYAT SABAK BERNAM TAHUN 2025

SABAK BERNAM, 04 FEBRUARI 2025 โ€“ Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi turun padang ke daerah Sabak Bernam, Selangor untuk berbincang dan meninjau projek infrastruktur rakyat khususnya bagi rakyat Sabak Bernam meliputi projek baharu dan projek penyenggaraan yang dilaksanakan pada tahun 2025.  

PENETAPAN AKAUNTABILITI YANG JELAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK INFRASTUKTUR FIZIKAL NEGARA

TEMERLOH, 31 JANUARI 2025 -  YBhg. Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan lawatan mengejut ke Temerloh Pahang. Lawatan beliau dibuat bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah daripada 2 lorong kepada 4 lorong merentasi Sungai Pahang di Temerloh, Pahang.  

KUNJUNGAN HORMAT YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JKR

KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2025 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini mengadakan lawatan ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya. Beliau disambut oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR, Ir. Suhaili bin Mansor. 

BUDAYAKAN SEMANGAT MUAFAKAT DALAM PELAKSANAAN PROJEK DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

SABAH, 23 JANUARI 2025 - Seusai Mesyuarat Intervensi Penyelarasan Pemantauan Program/Projek Pembangunan Persekutuan di Negeri Sabah Bil. 1/2025, YBhg Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia bersama-sama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah turun ke lapangan untuk meninjau kemajuan pelaksanaan dua (2) projek infrastruktur jalan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah. 

Subscribe to