KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025 – Seminar Kerjasama Teknologi Jalan Raya & Pembinaan Korea-Malaysia bertempat di Junior Ballroom, Hotel Intercontinental dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia (Duta Besar Yeo Seung-bae).
KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025 – Seminar Kerjasama Teknologi Jalan Raya & Pembinaan Korea-Malaysia bertempat di Junior Ballroom, Hotel Intercontinental dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia (Duta Besar Yeo Seung-bae).
KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2025 - Mesyuarat Pertama Rundingan Bersama Malaysia - Republik Korea bagi Memuktamadkan Perjanjian Persefahaman diantara Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Tanah, Infrastruktur Dan Pengangkutan (MOLIT), Republik Korea.
KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2025 - Mesyuarat dua hala diantara pihak Kementerian Kerja Raya yang mewakili Kerajaan Malaysia bersama delegasi daripada Kementerian Pelaburan Arab Saudi yang diadakan di Ibu pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB Malaysia).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hamdiah Ismail, Setiausaha Bahagian Dasar Dan Antarabangsa KKR manakala delegasi daripada Kementerian Pelaburan Arab Saudi diketua oleh Tuan Nasser Alsanad.
KUANTAN, 11 APRIL 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir turun padang meninjau Jalan Persekutuan FT02 berkaitan aduan awam yang diterima di beberapa lokasi sepanjang laluan tersebut. Hadir mengiringi ialah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2025 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hadir ke Majlis Interaksi Bersama-sama Warga Kerja Raya dan juga meraikan rakan- rakan yang beragama Islam menyambut Hari Lebaran atau Hari Raya Aidilfitri.
Turut hadir pada majlis tersebut YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya bersama dengan pengurusan tertingi Kementerian Kerja Raya.
SUNGAI BULOH, 28 MAC 2025 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turun padang bagi meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan syarikat konsesi lebuh raya dalam menghadapi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Lawatan kerja ini bertujuan memastikan semua syarikat konsesi berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang dijangka sebanyak 2.77 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama, sekali gus memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan.