MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP 2 DALAM 1 DI PADAWAN SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP 2 DALAM 1 DI PADAWAN SARAWAK

PADAWAN, 2 OGOS 2025 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Masyati Abang Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBrs. Tuan Ir Mohd Shahrom Ahmad Saman hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap 2 Dalam 1 iaitu dua buah projek sekolah yang telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku Agensi Pelaksana kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Projek pertama yang diserahkan adalah Projek Pembinaan Gantian 6 Bilik Darjah dan lain-lain Kemudahan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Padawan, Sarawak. Projek ini merupakan salah satu inisiatif strategik di bawah Program Pembangunan Luar Bandar Sarawak dalam Rolling Plan 3 (RP3), RMK11.  

Projek SK Rantau Panjang ini bernilai RM20.99 juta, dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), JKR Malaysia di mana ianya telah dimulakan pada 11 November 2022 menerusi kaedah “Reka dan Bina” dan berjaya disiapkan pada tahun ini.

Skop utama projek merangkumi pembinaan blok akademik 6 bilik darjah, blok pentadbiran (dengan kemudahan Surau, Kelas Pemulihan, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Sains, Bilik RBT, Bilik Muzik & Bilik Komputer), tandas OKU, kantin, padang dan gelanggang permainan terbuka serta Pra-Sekolah.

Projek kedua yang berjaya diserah pada hari ini adalah Projek Pembinaan Gantian Penuh 6 Bilik Darjah, Asrama (60 Pelajar), Rumah Guru, 1 Bilik Darjah Pra Sekolah Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Bakong, Sri Aman, Sarawak. 

Projek bernilai RM29.98 juta ini dibina secara Reka dan Bina, dan telah dimulakan pembinaannya pada Oktober 2022 dengan kos projek telah mendapat Sijil Perakuan Siap pada 26 Mei 2025 iaitu  9 hari lebih awal (AHEAD of TIME) dari tarikh siap semasa pada 4 Jun 2025. 

Skop utama projek ini adalah pembinaan Blok Akademik (6 Bilik Darjah), Kantin, Gelanggang Permainan Terbuka, Pra Sekolah (1 Bilik Darjah), PPKI, Blok Asrama (60 Pelajar), Dewan Makan, Surau, Rumah Guru (2 Unit) dan lain – lain Kemudahan.

Projek ini turut mengadaptasi teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan.

Reka bentuk projek ini menggunakan pendekatan ESG – Environment, Social and Governance di mana bangunan yang dibina bukan sahaja memenuhi keperluan pendidikan tetapi juga bersifat mampan, berdaya tahan dan sesuai untuk semua termasuk orang kurang upaya. 

Perancangan ruang juga bersifat lebih terancang, selesa dan memiliki ciri-ciri ergonomik, mesra alam sekitar dengan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang baik serta mudah diselenggara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0