Kajang, 18 Mac – Seramai 250 orang kontraktor bumiputera sekitar Selangor telah menghadiri Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang hari ini. Seminar ini merupakan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Selangor.