Majlis Sekalung Budi Mantan Pengerusi CIDB
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Majlis Meraikan Persaraan mantan Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), YBhg. Datuk Ir. Hamzah Hasan telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Teks ucapan YB. Menteri telah dibacakan oleh YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Dalam ucapan YB. Menteri, beliau menggambarkan Datuk Hamzah sebagai seorang individu yang sangat berpengalaman luas dan banyak menyumbang kepakaran dan idea dalam industri pembinaan Negara. Sepanjang lapan tahun berada di CIDB, pelbagai anugerah dan pencapaian yang telah diraih Datuk Hamzah dan beliau amat dikenali oleh warga CIDB sebagai seorang pemimpin yang ‘easy to get along’ dan sentiasa berusaha mempermudahkan segala urusan rasmi atau bukan rasmi.
Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha, YBhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin bin Ali, Pengerusi CIDB baharu, YBhg. Dato’. Sri Prof Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Eksekutif CIDB, YBhg. Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi KKR.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
- Log in to post comments