PLUS tawar 50,000 kad PLUSMiles | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 8 Jun – PLUS Expressways Bhd, dan Touch ’n Go Sdn. Bhd, menawarkan 50,000 kad PlusMiles dengan nilai berbayar RM5 kepada pengguna lebuh raya mulai 9 hingga 15 Julai ini.

Melalui promosi ini, pengguna hanya perlu membayar RM10 untuk pendaftaran sebagai pemegang kad PLUSMiles dan tambah nilai Touch ’n Go bernilai RM5 akan dimasukkan secara automatic ke dalam kad tersebut, demikian menurut PLUS dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways, Nik Airina Nik Jaafar berkata, promosi itu merupakan salah satu inisiatif besama Touch ‘n Go dan PLUS dalam menyahut saranan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya beralih ke system pembayaran tol secara elektronik yang lebuih mudah dan pantas terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

Beliau berkata, pemegang kad PLUSMiles yang menggunakan kad tersebut untuk membuat bayaran tol di lebuh raya PLUS dan ELITE.

Sekurang-kurang RM200 setiap bulan juga berpeluang menikmati rebat tol  sebanyak lima peratus.

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian