MPAJ tangguh edar laporan tanah runtuh | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SHAH ALAM: Laporan Kajian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, tahun lalu tidak akan diedarkan kepada orang ramai hari ini kerana belum mendapat kebenaran rasmi kerajaan pusat.

Pejabat Menteri Besar berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menangguhkan untuk mengedarkan laporan itu kepada orang awam kerana Kementerian Kerjaraya tidak mengeluarkan sebarang surat rasmi.

Pejabat Menteri Besar berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor dilaporkan itu tetapi ia hanya secara lisan.

Sehubungan itu, MPAJ terpaksa menangguhkan untuk mengedarkan laporan berkenaan yang sepatutnya dilakukan hari ini sehingga mendapat arahan bertulis Kementerian.

Jabatan Cerun Bukit Kementerian itu didakwa menyerahkan laporan kajian Disember tahun lalu kepada MPAJ tetapi dokumen itu diklasifikasikan sebagai rahsia.

Mesyuarat exco pada 18 November lalu membuat keputusan menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2 C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen laporan itu bagi didedahkan kepada umum dengan alasan isu berkenaan membabitkan tanah yang berada bawah kuasa kerajaan negeri.

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian