KUALA LUMPUR-PLUS Expressway Berhad(PLUS) akan memperkenalkan kad transit pintar untuk lorong tol tunai bagi menggantikan tiket transit yang kini digunakan di Lebuh Raya Utara-Selatan di antara Hutan Kampung kedah dan Sungai Dua, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Nik Airina Nik Jaffar berkata, sebagai projek perintis, sistem itu akan diaplikasi di sembilan plaza tol di kawasan berkenaan.
"Kad ini menggantikan tiket transit yang diperbuat daripada kertas dan boleh diguna semula. Langkah ini juga selari dengan inovasi teknologi terkini dalam sistem tol dinegara kita," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, semua jenis kelas kenderaan yang menggunakan lorong tunai akan diberi kad transit pintar di lorong masul plaza tol dan mereka dikehendaki menyerahlan kembali kad itu di lorong keluar untuk membuat pembayaran.