Jambatan baru siap lapan bulan mendap | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUANTAN- Sebuah jambatan kayu bernilai RM 1 juta yang menghubungkan lebih 300 penduduk di Kampung Kawah, Sungai  Lembing di sini, mendap selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir semalam.

Kejadian berkenaan menyebabkan kira-kira 300 penduduk di situ  terputus hubungan kerana jambatan yang baru siap dibina pada April lalu itu mendap.

Jambatan 80 meter itu dibina bagi menggantikan jambatan terdahulu yang turut mendap dan runtuh atas sebab sama pada januari 2008.

Penduduk kampung, Ismail Abas Abas 64, berkata masalah berkenaan timbul hampir setiap tahun terutama sekali apabila tiba musim tengkujuh dan banjir.

Beliau berkata, permintaan penduduk kawasan terbabit supaya jambatan konkrit dibina juga tak  diendahkan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, berkata pihaknya akan mengantikan jambatan kayu itu dengan jambatan konkrit bernilai RM2 juta tidak lama lagi

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian