PLUS keluar jadual waktu perjalanan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 10 Feb. - PLUS Expressways Berhad (PLUS) mengumumkan cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk kemudahan orang ramai yang pulang bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

PLUS dalam kenyataannya di sini hari ini, turut menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas dan menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch 'n Go sebelum pulang bercuti.

"Ini kerana lorong-lorong tambah nilai di plaza tol akan ditutup pada 12,13,16,20 dan 21 Februari ini.

"Walaupun begitu, kaunter-kaunter Reload 'n Go akan dibuka di kawasan-kawasan rehat terpilih pada tarikh-tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS sempena Tahun Baru Cina 2010 adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2010 (Jumaat)

-Ke mana-mana destinasi - Sebelum pukul 12 tengah hari

- Dari Lembah Klang ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - Antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang

l-Dari Lembah Klang ke Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh - Antara pukul 5 petang hingga 9 malam

-Dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim - Antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam

-Dari Lembah Klang ke Johor - Antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang

- Dari Lembah Klang ke Simpang Ampat dan Ayer Keroh - Antara pukul 5 petang hingga 9 malam

-Dari Lembah Klang ke Seremban, Port Dickson dan Senawang - Antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam

- Ke mana-mana destinasi - bermula pukul 12 tengah malam

    Tarikh: 13 Februari 2010 (Sabtu)

l-Dari Lembah Klang ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - sebelum pukul   12 tengah hari

- Dari Lembah Klang ke Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh - Antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang

- Dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim - Antara pukul 5 petang hingga 9 malam

-l Dari Lembah Klang ke Johor - Sebelum pukul 12 tengah hari

- Dari Lembah Klang ke Simpang Ampat dan Ayer Keroh - Antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang

- Dari Lembah Klang ke Seremban, Port Dickson dan Senawang - Antara pukul 5 petang hingga 9 malam

- Ke mana-mana destinasi - Bermula pukul 9 malam

Tarikh: 16,20,21 Februari 2010 (Selasa, Sabtu dan Ahad)

- Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ke Lembah Klang - Sebelum pukul 1 petang

- Dari Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh ke Lembah Klang - Antara pukul 3 petang hingga 6 petang

- Dari Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim ke Lembah Klang - Sebelum pukul 10 pagi dan antara pukul 8 malam hingga 11 malam

- Dari Johor ke Lembah Klang - Sebelum pukul 1 petang

- Dari Simpang Ampat dan Ayer Keroh ke Lembah Klang - Antara pukul 3 petang hingga 6 petang

- Dari Seremban, Port Dickson dan Senawang - Sebelum pukul 10 pagi dan antara pukul 8 malam hingga 11 malam

- Ke mana-mana destinasi - Bermula pukul 11 malam

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia