KUALA LUMPUR- Pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint) akan menikmati diskaun tol sehingga 75 peratus bagi semua kelas kenderaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Diskaun tersebut akan diberikan bagi tempoh 24 jam bermula selepas tengah malam Ahad ini, sebagai ang pau daripada pemegang konsesi kedua-dua lebuh raya berkenaan iaitu Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (Litrak).
Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, diskaun sebanyak 60 sen akan ditawarkan kepada pengguna di kesemua empat plaza tol Lebuhraya LDP, manakala diskaun 20 sen diberikan kepada pengguna di semua tiga plaza tol Lebuhraya Sprint iaitu di Damansara, Kerinchi dan Penchala.
Insiatif ini merupakan tanggungjawab sosial syarikat bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengekalkan tradisi kunjung mengunjung pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Elakkan Alkohol Jika Memandu di sini hari ini.