Langkau ke kandungan utama
Submitted by Admin on 26 March 2009
Alamat Jabatan

Bahagian Pengurusan Maklumat
Tingkat 8, Blok B, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

No Telefon Am : 03-27715036
No Faks : 03-27114433

Visi

ICT Sebagai Pemacu Strategik Pembangunan Infrastruktur dan Industri Pembinaan Negara.

Misi
  • Memperkasakan pembangunan ICT KKR melalui pengukuhan infrastruktur dan aplikasi yang bersepadu, dinamik dan efektif seiring  dengan teknologi terkini yang sesuai.
  • Memantapkan pembudayaan dan pengurusan ICT ke arah perkhidmatan professional yang lebih cekap dan berdaya saing.
Objektif
  • Memastikan program ICT Kementerian dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan kehendak stakeholders.
  • Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam melalui Portal Kementerian Kerja Raya secara meluas.
  • Meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan warga Kementerian Kerja Raya.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Menyedia, melaksana dan membuat kajian semula Dasar/Polisi/Penerbitan ICT Kementerian.
  • Membangun, melaksana dan menyenggara Sistem Maklumat.
  • Membangun, melaksana dan menyenggara Portal Kementerian.
  • Menguruskan pengoperasian Rangkaian dan Keselamatan ICT.
  • Menguruskan pengoperasian, penyelenggaraan dan peningkatan Pusat Data.
  • Menguruskan perolehan, penyelenggaraan dan pelupusan Aset ICT.
  • Membangun, mengurus dan menyenggara pangkalan data Geographical Information System .
  • Menjalankan penyelidikan penggunaan data geospatial.
  • Membangunkan Aplikasi Multimedia dan Video Korporat.
  • Menyediakan perkhidmatan Meja Bantuan.
  • Memberi sokongan teknikal terhadap perlaksanaan Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG).
  • Menyelaras dan memantau projek-projek ICT Kementerian melalui Jawatankuasa Pemandu ICT.
  • Mengadakan Program Literasi ICT.
Piagam Pelanggan
  • Memberi maklumbalas kepada setiap aduan berkaitan ICT yang diterima dalam tempoh (1) hari bekerja. Aduan fasiliti ICT akan diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  • Memastikan tahap capaian bagi perkhidmatan ICT beroperasi dengan baik sekurang-kurangnya 98% setahun.