Kategori Bahagian
Alamat Jabatan
Bahagian Perancangan Korporat,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 5, Blok B,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur
Tel: 03-2771 4575
Fax: 03-2711 1590/1592
Visi
Kecemerlangan Transformasi KKR menjelang 2020
Misi
- Menjadi tonggak utama dalam merangka transformasi dan hala tuju KKR.
- Perkhidmatan keurusetiaan mesyuarat utama KKR yang sempurna, cekap dan berkesan.
Objektif
Memastikan Program Transformasi KKR berjaya dilaksanakan
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
- Menyelaras penyediaan Nota dan Memorandum Jemaah Menteri dari semua bahagian dan agensi;
- Menyelaras penyediaan dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik (PSO);
- Urus setia kepada Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur (MPMKI);
- Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Infrastruktur (MJKKI);
- Merangka dan menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (MPI) YB Menteri Kerja Raya, KPI Tier 1 (KSU) dan KPI Tier 2 TKSU(P), TKSU (DP) dan PUU;
- Urus setia kepada Mesyuarat Pengurusan dan melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan bahagian.
Piagam Pelanggan
Kami di Bahagian Perancangan Korporat berjanji akan sentiasa komited untuk melaksanakan dasar dan program Kementerian dengan:
- Menyediakan Ulasan Nota dan Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan diterima tertakluk kepada penerimaan input yang lengkap daripada bahagian/agensi berkenaan.
- Memastikan penyediaan Pelan Strategik KKR disempurnakan pada suku tahun pertama setiap 5 tahun.
- Memastikan pemantauan Pelan Strategik KKR dilaksanakan setiap suku tahun.
- Menyediakan minit mesyuarat-mesyuarat utama dalam tempoh 3 hari.