Skip to main content

MAJLIS MAKAN MALAM MENTERI BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI BINAAN.

Image removed.Kuala Lumpur, 13 Februari 2012 - Majlis Jamuan Makan Malam YB Menteri Kerja Raya Dengan Penggiat Industri telah diadakan pada 13 Februari 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2012. Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor telah memberi ucapan dalam Majlis Jamuan Makan Malam tersebut.

Turut menyerikan Majlis Jamuan Makan Malam itu adalah Ketua Setiausaha KKR, YBhg Datuk Himmat Sigh, Ketua Eksekutif CIDB, Dato’ Sri Ir Dr. Judin Bin Abd Karim, pegawai-pegawai dari Kementerian dan agensi serta 36 orang wakil penggiat industri pembinaan. YB Menteri juga telah menyarankan agar para penggiat industri dapat memberi keutamaan kepada penggunaan kaedah IBS di dalam melaksanakan projek-projek Kerajaan dan swasta memandangkan tahap penggunaan IBS tersebut adalah masih rendah.

Di samping itu, YB Menteri menyeru supaya syarikat-syarikat pembinaan perlu membuat transformasi dengan menerokai bidang-bidang baru seperti sektor minyak dan gas yang menawarkan peluang yang sangat banyak hasil dari pelaburan oleh syarikat-syarikat minyak utama seperti PETRONAS dan Shell.

 

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK