Skip to main content

Gambar Aktiviti Amalan Eksa Tahun 2020

Tahun 2020

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 13 Februari 2020. Untuk makluman, KPKT telah memperolehi pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang daripada pihak MAMPU. Seramai 33 peserta yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Zurifah Binti Zuhairon dan juga Fasilitator/Ketua Zon daripada Bahagian/Unit di KKR telah menyertai lawatan ini.

Taklimat Audit Dalam EKSA KKR Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 11 Ogos 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Melati dan telah disampaikan oleh Urus Setia Induk EKSA dan Jawatankuasa Audit Dalam EKSA yang dihadiri oleh semua auditor yang telah dilantik.

Sesi Pelancaran Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bilangan 1 Tahun 2020 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri Bin Embong (TKSU(P)) pada 18 Ogos 2020 di perkarangan lobi Blok A Kementerian Kerja Raya sebagai tanda sokongan Pengurusan Tertinggi dalam usaha ke arah pengurusan pejabat yang teratur.

Taklimat Audit Dalam EKSA KKR Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan pada 01 Oktober 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Melati dan disampaikan oleh Urus Setia Induk EKSA dan Jawatankuasa Audit Dalam EKSA yang dihadiri oleh kesemua auditor pada Sesi Audit Dalam EKSA yang lepas.

Sesi Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 6 hingga 7 Oktober 2020 di semua bahagian/unit Kementerian Kerja Raya.

Naziran Persediaan Akhir Audit EKSA MAMPU di KKR oleh Urus Setia Induk dan JK Audit Dalam telah diadakan pada 3 dan 5 November 2020.

 

*Tarikh kemaskini akhir pada 18 Mac 2024