Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Lebar lebuh raya ikut keperluan

KUALA LUMPUR: Pelebaran laluan tertentu di Lebuhraya Utara Selatan daripada dua lorong kepada tiga lorong akan dirancang dari semasa ke semasa berdasarkan kadar aliran trafik dan sama ada cukup ruang tanah bagi kerja menaik taraf itu. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata syarikat konsesi lebuh raya itu, PLUS Expressway Bhd (Plus), perlu mempertimbangkan kos pengambilan tanah dan tambahan belanja penyenggaraan sebelum membuat keputusan mengenainya. 

Many support Superbikes ban On Highways, Says Samy Vellu

SUNGAI SIPUT, Oct 6 (Bernama) -- Many people are in support of having superbikes banned on highways, said Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu.

"I have received many calls of support (for the ban)... they support because superbikes take up a lot of the road," he said.

He said that legal officers at his ministry were drafting the proposal for the ban before submitting it to the government for approval.

LLM buka laluan kontra ke utara

BUTTERWORTH: Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan mewujudkan lorong kontra untuk perjalanan menuju ke utara bagi menampung pertambahan kenderaan yang dijangka meningkat sempena Aidilfitri ini. 

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) LLM, Ismail Md Salleh, berkata lorong itu akan dibuka dari Rawang ke Tanjung Malim, mulai Rabu ini hingga hari raya pertama. 

Bangunan lembaga atom bocor

DENGKIL: Hampir seluruh bangunan baru dua tingkat bernilai RM30 juta yang menempatkan pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di Dengkil, dekat sini kelmarin mengalami kebocoran tidak sampai dua bulan diduduki. 

Limpahan air dari bumbung bangunan itu ke tingkat bawah menyebabkan beberapa panel siling runtuh dan sekurang-kurangnya empat komputer rosak 

Seorang pegawai yang enggan dikenali berkata beliau terkejut mendapati ruang pejabat digenangi air apabila tiba jam 7.30 pagi semalam. 

Antara Lokasi Yang Dikenalpasti Berbahaya Dan Kerap Berlaku Kemalangan

KELANTAN

 Km. 28, Jln Kota Bharu-Kuala Lumpur

 Km. 54 & 59, Jln Kota Bharu-Kuala Lumpur

 Km. 128-130, Jln Kota Bharu-Kuala Lumpur.

TERENGGANU

 Persimpangan Jalan, Pasir Akar Ke Bandar Jertih

 Km. 8-13, Jln K. Terengganu-K.Bharu

 Km. 5-7, Jln K.Terangganu-K.Bharu

PAHANG

 Km.327, Jln Johor Bharu-K.Terengganu

 Km. 17, Jln Kuantan-K.Terengganu

 Km. 14-15, Jln Kuantan-K.Lumpur

JOHOR

 Km. 4,5,7 Jln. Muar-Johor Bharu

Penduduk ucap terima kasih kepada JKR

SUNGAI MERAB - Penduduk Kampung Dato Abu Bakar Baginda mengucapkan terima kasih di atas tindakan segera pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menutup lubang di hadapan  Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia), disini.

Salah seorang penduduk, Mohd Sibi Jasin 47, Berkata keprihatinan pihak JKR dalam menyelesaikan masalah ini mampu mengurangkan risiko berlakuny kemalangan, terutama di kawasan yang sering menjadi tumpuan.

 

 

Raya: PLUS sedia laluan kontra ke Utara

KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Berhad, operator Utara-Selatan akan menyediakan laluan kontra ke Utara tanah air di antara Kilometer 402.25 dan kilometer 445.55 di lebuh raya Utara-Selatan bagi memudah dan mempercepatkan perjalanan pengguna yang ingin balik ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah urusan syarikat konsesi itu Noorizah Abu Hamid berkata, laluan tambahan ke Utara dari ibu kota itu akan beroperasi mulai hari ini dari pukul 3 petang sehingga tengah malam 14 Oktober.

Plus keluar jadual perjalanan Aidilfitri

KUALA LUMPUR- Plus Expressway berhad (PLUS) semalam mengeluarkan jadual perjalanan sempena Aidilfitri membabitkan tiga peringkat bermula esok bagi mengelak kesesakan Lebuh Raya Utara- Selatan.

Mulai esok hingga Sabtu ini lebih 1.2 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya itu setiap hari, berbanding 1.1 juta kenderaan pada Aidilfitri tahun lalu. Bagi perjalanan pulang selepas perayaan pula, kesesakan dijangka berlaku secara berperingkat pada 15,20 dan 21 Oktober ini.

Subscribe to