Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Penilaian jangka hayat untuk semua projek

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mengesyorkan kerajaan melakukan penilaian jangka hayat (LCC) terhadap semua projek kerajaan yang akan dibangunkan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dan menyediakan peruntukan khusus bagi tujuan penyelenggaraannya. 

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata LCC dapat menentukan apa yang perlu dibuat bagi memastikan penggunaan setiap projek yang dibangunkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin sepanjang tempoh jangka hayatnya sesuatu bangunan menerusi penyelenggaraan berkala. 

Standard projek air dibangunkan

CIDB, PAAB meterai MoU bagi sedia kaedah ukur spesifikasi kerja, bahan

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) semalam memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) bagi membangunkan Kaedah Pengukuran Standard (SMM) untuk pemerolehan projek air dan air kumbahan.

SMM akan menjadi rujukan dan dokumen standard bagi semua pengukuran untuk kerja pembinaan yang mana ia bertujuan memastikan kecekapan, pemerolehan yang produktif dan kompetitif serta proses penyerahan projek.

BERSALAMAN

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bersalaman dengan peserta-peserta Seminar Integriti Industri Pembinaan Malaysia 2009 selepas merasmikan seminar itu di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini, hari ini.

Seminar sehari itu merupakan kali ketiga dianjurkan secara usahasama antara CIDB dengan Institut Integriti Malaysia.

Kajian sistem tol gantri

TAMPIN: Kajian sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang dikenali sebagai sistem tol gantri yang dijalankan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di beberapa lebuh raya di Lembah Klang dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kementeriannya kemudian akan mengemukakan cadangan ini kepada Kabinet untuk dipertimbangkan.

Gantry toll system to take effect 2010

TAMPIN: The much anticipated gantry toll collection system to help ease traffic congestion is expected to take effect next year. 
Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said the study on the system was still ongoing and would be completed by end of the year before being presented to the cabinet.

"The current toll booth system is old and not suitable and needs to be updated in order to alleviate traffic congestion in the city and at toll booths.

Gantry system to collect toll

TAMPIN: Queues to pay toll could be a thing of the past as private expressway operators are required to implement the gantry toll collection system.

Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said the Malaysian Highway Authority was conducting trials of the system at various highways in the Klang Valley. The study should be completed by year’s end, he said.

Kajian tol baru siap akhir tahun

Kerajaan, syarikat konsesi akan bincang berkaitan kos pelaksanaan: Shaziman 

TAMPIN: Proses kajian untuk menggantikan sistem kutipan tol sedia ada dengan sistem baru, Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi mengatasi masalah kesesakan di plaza tol, dijangka siap sebelum hujung tahun ini. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata menerusi sistem baru itu, pemandu hanya perlu menggunakan kad tol prabayar dan memandu melintasi palang pengimbas tanpa perlu memperlahan atau menghentikan kenderaan. 

Subscribe to