KUALA LUMPUR, 25 September – Warga Kerja Raya hari ini telah berhimpun untuk bersama-sama mendengar ucapan yang julung kalinya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) yang mula berkhidmat di KKR pada 21 Julai 2014.
Dalam ucapannya, Dato’ Zohari menerangkan usaha Kementerian dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam pengurusan jalanraya melibatkan aspek perancangan, pembinaan, penyenggaraan dan keselamatan.